Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Ewah, sempat lagi saya berpantun. Hehehe. Assalammualaikum w.b.t saya ucapkan kepada pembaca sekalian. Ini merupakan kali pertama saya menulis blog berbentuk ilmiah dan berbahasa Melayu. Saya ada banyak blog tetapi semuanya mengenai diri saya sebelum ini dan dalam Bahasa Inggeris. Bukannya saya ingin berlagak pandai dengan menulis blog dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan, tetepi saya ingin memantapkan lagi penggunaan English saya sebab saya bakal menjadi seorang guru Bahasa Inggeris (Insya-Allah lagi setahun lebih lagi). Maaf banyak-banyak sekiranya Bahasa Melayu saya macam pelik sebab saya dah lama tidak menulis dengan menggunaka Bahasa Melayu baku. Hehehe...
Alhamdulillah, Allah telah beri saya peluang untuk mencuba hobi terbaru saya ini. Sebelum ini saya ada mempunyai niat untuk menulis blog ilmiah (terutamanya mengenai keagamaan), namun saya tidak mempunyai kekuatan dan ilmu yang banyak berbanding rakan-rakan saya yang lain. Saya cuma berdoa supaya suatu hari nanti saya mempunyai kekuatan untuk menulis dan akhirnya, dengan izin Allah saya telah berjaya mengumpulkan kekuatan itu.
Saya sebenarnya bertujuan menulis blog ini dengan niat ingin berkongsi semua ilmu dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang saya hidup di bumi Allah ini. Saya berharap dengan penulisan saya ini, saya dapat membantu memperingati diri saya, rakan-rakan serta pembaca sekalian. Saya masih baru lagi jadi saya masih tidak mempunyai ilmu dalam meng'quote' ayat-ayat Al-Quran atau Hadith-hadith. Tetapi saya akan berusaha untuk menperbaiki penulisan saya sebaik mungkin.
Saya berharap dengan niat ikhlas saya untuk memperbaiki diri saya ini, Allah mempermudahkan segala usaha saya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment